Keluarga(FAMILY)

Adakah KITA sedar,sekiranya kita mati hari ini,syarikat tempat KITA kerja akan senang-senang mendapat penganti,dalam beberapa hari....?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,akan merasa kehilangan kita sepanjang
hayat.Dan sedarlah,sekiranya kita menghabiskan masa kita kepda kerja
sehingga keluarga kita sendiri terabai,ia adalah satu pelaburan yang tidak bijak.Bukankah begitu?Jadi apakah maksud tersirat?Tahukah anda makna
FAMILY?FAMILY=(F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Read Users' Comments (0)

Mutiara Al-Hadith


"Apabila salah seorang di antara kamu mati,akan ditunjukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya.Bila ia penghuni syurga,akan
ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga,dan bila ia penghuni neraka,
akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka.Lalu dikatakan kepada
mereka:"Itulah tempat tinggalmu,sampai Allah membangkitkanmu pada
hari kiamat."(H.R.Muslim)

Read Users' Comments (0)

Motivasi Al-Quran

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu kerana memandang rendah manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri."( Surah Luqman 31:18)

Read Users' Comments (0)

Pesanan Imam Al-Ghazali


Berlumba-lumbalah kita
Menuju kepada pengampunan Allah
Untuk masuk ke syurga
Yang seluas langit dan bumi
Sebagaimana disediakan untuk mereka yangbertaqwa
Dan ingatlah....
' Sedekat-dekat adalah mati
Sejauh-jauh adalah masa lalu
Sebesar-besar adalah nafsu
Seberat-berat adalah amanah
Seringan-ringan adalah meninggalkan solat
Setjam-tajam adalah lidah'

Read Users' Comments (0)

Persoalan???

Ada seorang kafir bertanya kepada seorang muslim dengan mengatakan sedemikian;''Aku berasa musykil dengan tuhanmu.Sekiranya memang tuhanmu wujud,kenapa tak diperlihatkan dirinya dan kamu masih percaya akannya.Seterusnya,bagaimana takdir itu dan mengapa syaitan dimasukkan ke dalam api neraka sedangkan syaitan diperbuat daripada api?"Maka,setelah mendengar kata-kata itu,muslim itu menampar wajah orang itu.Dia pun terkejut dan berasa marah dengan tindakan muslim itu.Lalu muslim itu bertanya"Adakah kamu rasa sakit?".Kafir itu pun berkata"Ya..a"Kemudian muslim itu bertanya lagi"Bolehkah kamu menunjukkan rasa sakit itu kepada saya?."Kafir itu pun menjawab"Mana mungkin saya boleh menunjukkan rasa sakit ini melainkan kamu ada di tempat saya".Muslim itu pun tersenyum lalu berkata"Begitulah Tuhan kami.Walaupun tidak nampak tetapi dia tetap ada dan kami sebagai hambanya mempercayai kewujudan dan zatnya.Lagi satu,kamu sakit apabila ditampar oleh saya sedangkan kita sama ciptaannya iaitu daripada daging dan daging.Jadi,begitu jugalah syaitan dengan api.Sebelum itu,saya ingin bertanya kepada kamu,adakah kamu bermimpi bahawa saya akan menampar kamu hari ini?."Lalu kafir itu menjawab"Tidak.."
Muslim itu pun berkata"Itulah namanya takdir.Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari ini tidak diramal peristiwanya."Maka terjawablah segala persoalan orang kafir itu dengan hanya sekali tamparan.ALLAHU`ALLAM....

Read Users' Comments (0)

Maruah seorang wanita


Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri..bayangkanlah jikalau sekuntum bunga mawar tanpa duri,ibarat menyerahkan diri kepada bahaya yang mengundang..

Read Users' Comments (0)