Persoalan???

Ada seorang kafir bertanya kepada seorang muslim dengan mengatakan sedemikian;''Aku berasa musykil dengan tuhanmu.Sekiranya memang tuhanmu wujud,kenapa tak diperlihatkan dirinya dan kamu masih percaya akannya.Seterusnya,bagaimana takdir itu dan mengapa syaitan dimasukkan ke dalam api neraka sedangkan syaitan diperbuat daripada api?"Maka,setelah mendengar kata-kata itu,muslim itu menampar wajah orang itu.Dia pun terkejut dan berasa marah dengan tindakan muslim itu.Lalu muslim itu bertanya"Adakah kamu rasa sakit?".Kafir itu pun berkata"Ya..a"Kemudian muslim itu bertanya lagi"Bolehkah kamu menunjukkan rasa sakit itu kepada saya?."Kafir itu pun menjawab"Mana mungkin saya boleh menunjukkan rasa sakit ini melainkan kamu ada di tempat saya".Muslim itu pun tersenyum lalu berkata"Begitulah Tuhan kami.Walaupun tidak nampak tetapi dia tetap ada dan kami sebagai hambanya mempercayai kewujudan dan zatnya.Lagi satu,kamu sakit apabila ditampar oleh saya sedangkan kita sama ciptaannya iaitu daripada daging dan daging.Jadi,begitu jugalah syaitan dengan api.Sebelum itu,saya ingin bertanya kepada kamu,adakah kamu bermimpi bahawa saya akan menampar kamu hari ini?."Lalu kafir itu menjawab"Tidak.."
Muslim itu pun berkata"Itulah namanya takdir.Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari ini tidak diramal peristiwanya."Maka terjawablah segala persoalan orang kafir itu dengan hanya sekali tamparan.ALLAHU`ALLAM....

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Persoalan???"

Catat Ulasan